Join The Community

Premium WordPress Themes

Thursday, February 14, 2013

Remaja Lelaki Tingkatan 1 ditangkap Khalwat Dengan Gadis 20 Tahun


KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.
Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.
Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.


Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

Komen Adam : Tak tahu nak cakap apa lagi dah.. Tak nak hukum secara melulu.. Namun tahniah kepada JAWI kerana membuat penguatkuasaan.. Harap teruskan lagi tanpa mengikut waktu-waktu tertentu..

4 comments:

Dah pulak???
Baru 13 tahun... Bebudak sekarang terlebih dewasa pada yang dewasa...

terlebih advanced.. lepas ni umur 15 tahun baru kena hantar khatan.. hahaha

ya Allah... Tingkatan 1?? pergghh! budak2 skrang mlampau dahh

perghhh.... budak form 1 lagi tu... hebat betul la....baru baligh nie...adesss

Cerita BUSUK