Ads 468x60px

Tuesday, July 3, 2012

Mengira Bajet Kahwin


Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat istimewa bagi pasangan yang mahu menjalankan “perhubungan” yang HALAL. Namun perkahwinan pada zaman sekarang memerlukan sejumlah wang yang agak tinggi. Oleh itu merancang bajet perkahwinan amat perlu bagi pasangan yang mahu berkahwin.

Saya ingin berkongsi mengenai perancangan bajet perkahwinan. Bagi pasangan yang akan ingin melangsungkan perkahwinan bolehlah menggunakan cadangan berikut sebagai panduan anda. Anatara perkara yang perlu diambil kira dalam mengira bajet perkahwinan adalah:
  • Kursus perkahwinan
  • Wang hantaran
  • Mas kahwin
  • Upah tok kadi
  • Cincin kahwin
  • Cincin tunang
  • Barang kemas
  • Kad jemputan
  • Kenduri kahwin
  • Juru Gambar
  • Sewa pakaian
  • Barang hantaran
Itu adalah keperluan-keperluan penting yang perlu diambil kira dalam bajet perkahwinan. Jika anda melakukan bajet perkahwinan sejak dari awal secara tidak lansung membantu anda mengurus kewangan anda dengan lebih baik. Memang perkahwinan sekali seumur hidup, namun anda juga harus fikir apa implikasi pada masa akan datang sekiranya anda tidak membuat bajet kahwin dengan teliti..

5 comments:

AsyieqiN Rkey said...

wahhh...tgk list nie..mesti pening kepala kan nak kawen..

Adam Narzuan said...

memang pening pun.. tapi kena laa buat dengan teliti...:)

liyana said...

selamat meneliti ye

Haniff Rosli said...

Blog walking. Then termasuklah dalam blog sedara nih... tengok pada list tu, bergantung pada individu jugak kan... ni pandangan saya :

Kursus perkahwinan - wajib - rm50 ke rm 100
Wang hantaran - bergantung kepada keluarga pengantin - paling murah skg rm5000 - rm10000
Mas kahwin - ikut negeri
Upah tok kadi - mmg kena bagi rm 100 lebih kurang
Cincin kahwin - tengok harga emas dan reka bentuk
Cincin tunang - boleh skip kalau nak kahwin je terus. - jimat dah
Barang kemas - yg ni den tak leh kato apo..
Kad jemputan - guna fb, twitter, segala macam media sosial, tapi kad kena ada jugak.. paling tidak 100 keping... yg murah-murah sudah.. nanti orang buang jugak..
Kenduri kahwin - bersederhana.
Juru Gambar - kalau ada kawan yang pandai, lagi best. kautim harga.
Sewa pakaian - nikah, tempah, tak pun pakai yang mana ada. - sanding, mahu rm1k ke atas...
Barang hantaran - terpulang berapa dulang, yang penting, barang yang akan kita gunakan dan pakai, murah pun takpe.. buat syarat ada je sebenarnya.. ikut adat la katakan..

ni sekadar pandangan peribadi, orang sekarang ni semua benda yang menunjuk. duit hantaran beribu-ribu, majlis sangat grand, kad kahwin yang paling mahal punya. semua tu nak orang puji. tapi alih-alih, pasangan pengantin yang merana selepas kahwin, nak kena bayar sana sini.. jgn marah ye, ni apa yang penulis perhatikan dalam senario masyarakat sekarang. kalau tak setuju, diamkan saja...

cocomien said...

this topic gona make me throw NANDOS i ate just know!!

Cerita BUSUK