Ads 468x60px

Monday, April 9, 2012

Soal Jawab Cinta

"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu
SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu
KESEPIAN.
 
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
 
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
 
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
TETAPI...
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerAna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

5 comments:

aimaniman said...

mendalamnya erti cinta kan? untung jika kita mampu mencintai seseorang dan diri kita pulak dicintai seseorang... tapi x de le setinggi nilai kita mencintai-Nya dan semoga kita juga dicintai-Nya...

yuyui said...

assalamualaikum w.b.t..
saya seorang prempuan yang xpernh bercinta..xpi meminati seorang senior di sekolah saya...sekarang seorang lelaki menuggu jwpan saya,samada saya myukainya @tidak...saya msih confues tntg perasaan ni terhdap si dia...sebab saya xpernah bercinta n saya xnak bercinta lagi...saya tkut putus ditengah jalan...dan saya tkut akan mengecewakan si dia....dia sellu bertnya khbar...xpi saya tidak...saya sdah bagi tahu si dia tntang perasaan saya kepadanya..(tak suka si dia)..xpi si dia still menunggu sampai saya suka kt dia...saya jgak ada bercakap dengan kwan sekolah tentang si dia yang suka menipu n menunjuk2...soalan saya macam mane saya nak cakap kepada si dia?..lagi pon kawan saya menyuruh saya spya tidak melayan setiap sms n telefon drpdnya..tkut 9nti ter fall in love kepadanya...tq sudi membaca n menjwab...

adam narzuan said...

@yuyui : pertama sekali adam ucapkan terima kasih kerana melawat blog adam. Apa yang adam kongsikan sebenarnya berdasarkan pengalaman berhadapan dengan karenah manusia. Berkaitan soalan yuyui, adam nasihatkan supaya sentiasa tetapkan dengan prinsip untuk tidak bercinta sewaktu bersekolah kerana dikhuatiri akan menjejaskan pelajaran. Lelaki biasanya tidak akan mudah mengalah.. Tambahan pula lelaki yang jenis slumber.. Dan lelaki tahu kelemahan perempuan iaitu "PERHATIAN". biasanya perempuan yang biasa diberikan perhatian akan menjadi rindu akan perhatian tersebut. dah inilah yang akan membuatkan perempuan lemah dan mudah menerima cinta... Harapnya teguhkan pendirian yer...

yuyui said...

maaf adam....yuyui dah xsekolah dah..xpi still bljr..kat kolej..n adakah yuyui ni jnis xttap pndirian coz ah trima pon laki tu...walau hati kta xnak..xpi still berhbung...mknenyew ska wat owg de hrapan kt kta n then kecewakan dia...

lia said...

salam adam,emm bleh lia nk tnya 1 soklan,pelik x klu seseorg y sdg brcinta 2 n dlm msa y sma hati dy trpkat dkt rg ln ..emm

Cerita BUSUK