Join The Community

Premium WordPress Themes

Thursday, April 5, 2012

Pengacara Pijak Muka - Dira Abu Zahar Tidak Tertekan


Sebelum ini adam ada mengeluarkan entri berkaitan Pengacara Pijak Muka . Kemudian ada desas-desus mengatakan bahawa pelakunya adalah Dira Abu Zahar. Namun Dira kemudiannya menafikan khabar angin tersebut. Lihat jawapan Dira Abu Zahar kepada Gua.com.my

Walaupun belum ada hitam putih atau kesahihan mengenai si pelaku tersebut, namun ramai yang sudah membuat spekulasi bahawa pengacara tersebut adalah Khaidhirah Abu Zahar atau Dira. Malah perkara ini dikuatkan lagi dengan laporan polis yang telah dibuat mangsa, seorang wanita Melayu berusia 29 tahun dengan menamakan Dira sebagai pelakunya.

Dalam beberapa akhbar tabloid tempatan yang dikeluarkan sebelum ini, bekas isteri kepada Ash Gabba Gabba ini telah menafikan perkara tersebut. Dira turut memberitahu sebuah blog hiburan popular bahawa dia tidak mempunyai masa untuk ke pusat-pusat hiburan apatah lagi mencetuskan pergaduhan. Malah, dalam laporan akhbar The Star, Dira memberitahu pada hari kejadian beliau pergi membeli-belah bersama dengan keluarganya.

GUA cuba menghubungi Dira bagi mengetahui sendiri kebenarannya, namun pelakon drama ‘Perempuan’ ini meminta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai isu berkenaan.

“Saya tak dibenarkan untuk memberi sebarang kenyataan langsung mengenai isu ini. Saya minta maaf sangat-sangat,” ujar Dira ringkas.

Tidak berpuas hati dengan jawapannya, GUA cuba bertanyakan lagi kepada Dira sama ada benarkah individu yang dimaksudkan itu adalah beliau dan Dira menjawab, “Saya tak boleh cakap ya atau tidak. Kita tak pasti benda itu betul atau tidak lagi. Saya memang tak boleh jawab atau komen apa-apapun kerana kes ini masih lagi dalam siasatan polis.”

Ditanya adakah beliau tertekan dengan isu ini, Dira memberitahu, “Saya menjalani kehidupan yang normal, saya tidak tertekan. Apa-apapun saya minta maaf sebab saya memang tak boleh nak komen banyak-banyak,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

0 comments:

Cerita BUSUK