![]() |
INILAH gambar yang mencetuskan kontroversi apabila Fatin didakwa menjalin cinta sejenis dengan pasangannya yang bernama Putt.
|
JIKA sebelum ini Erin Malik pernah berdepan kontroversi tindik lidah
dan foto-foto liar yang tersebar di Internet, kini giliran rakannya
dalam filem Tentang Bulan, Fatin Afifah, 18, dilanda kontroversi. Adam pernah menulis mengenai isu artis-artis songsang.
Menerusi beberapa keping gambar di Internet yang menunjukkan
keintiman dan keakraban pemilik nama sebenarFatin Nur Afifah Shamsudin
bersama seorang pengkid, dia turut ditohmah mengamalkan kehidupan
songsang bersama individu terbabit yang dikenali dengan nama Puteri
Sarah atau panggilannya Putt.
Sehubungan itu juga, beberapa keping gambar dia mencacah tatu nama
pasangan lesbiannya pada bahagian pinggang sebelah kanan turut tersebar
selain terdapat sebuah blog yang menceritakan kisah cintanya bersama
Putt.
Kosmo! sempat bersua dengan pelakon filem Tentang Bulan dan Brainscan
itu ketika sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini untuk bertanya
perkara sebenar yang berlaku.
Kosmo!: Fatin Afifah, nama yang tiba-tiba melonjak naik selepas lama menyepi daripada dunia lakonan. Bagaimana anda melihat situasi yang sedang berlaku sekarang?
FATIN AFIFAH: Saya akui sudah lama tidak muncul di layar perak. Kali
terakhir menerusi filem Brainscan. Mungkin ramai yang tidak mahu
mengambil saya kerana saya kurang berbakat. Tapi, saya masih di bawah
pengurusan Metrowealth Sdn. Bhd. (MIG). Mengenai situasi yang sedang
berlaku, saya pun terkejut kerana tiba-tiba nama saya disebut-sebut tapi
dengan kontroversi yang menyakitkan hati.
Adakah benar dakwaan yang mengatakan anda lesbian dan mempunyai tatu nama pasangan anda pada bahagian pinggang?
Tidak benar sama sekali! Saya sudah ada teman lelaki dan tidak pernah
membuat tatu. Saya masih waras dan tahu pangkal agama saya. Mana
mungkin saya melakukan perkara itu (sambil menunjukkan bahagian pinggang
yang tidak bertatu).
Jadi, bagaimana anda menyifatkan kontroversi yang terjadi?
Ini semua fitnah dan mengaibkan saya! Saya tak tahu bagaimana perkara
ini tiba-tiba tercetus. Mungkin ada yang iri hati dengan saya. Tapi
saya tidak menuduh sesiapa, sama ada kenalan atau teman rapat saya yang
buat onar.
Anda kenal individu yang didakwa pasangan lesbian anda?
Saya kenal dia dan dia kawan baik saya. Gambar-gambar yang tersebar
di Internet diambil bersama kawan-kawan saya yang lain. Cuma yang
membuat saya keliru, kenapa pula hanya gambar kami berdua yang
disebarkan. Saya berkawan dengan semua orang dan tak pernah memilih
kawan.
Bagaimana pula dengan blog yang dikatakan banyak menceritakan kisah percintaan anda?
Saya tidak ada blog dan langsung tidak tahu cara untuk menulis blog.
Makin keliru apabila saya dituduh menulis blog untuk menceritakan kisah
cinta saya. Ketika membaca blog itu saya sekadar ketawa. Sekarang blog
itu sudah dibuang dan tiba-tiba pula saya yang dituduh terlibat membuang
blog itu sebab malu.
Bagaimana kontroversi ini memberikan impak kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat anda?
Mula-mula saya menangis sebab tak tahan. Tuduhan ini melampau! Saya
banyak mengadu kepada rakan-rakan baik saya. Selebihnya, keluarga saya
yang banyak memberi motivasi untuk saya. Saya harus terima ini
sebahagian daripada dunia seorang selebriti.
Anda menyesal menjadi seorang artis yang pasti setiap tindakan akan diperhatikan?
Saya pernah menyesal suatu ketika dahulu. Terlintas pada fikiran
untuk berpatah balik tapi sudah terlambat kerana saya sudah masuk ke
dalam industri.
Adakala, kontroversi sebenarnya menaikkan nama seseorang artis. Apa komen anda?
Saya tidak suka kontroversi sebegini. Isu ini memalukan saya dan yang
paling menyedihkan apabila ibu dan ayah saya dipersalahkan kerana
perkara ini.
Apa tindakan anda selepas ini?
Saya sudah membuat laporan polis baru-baru ini atas dasar menyebar
fitnah dan mengaibkan saya. Saya juga telah membuat laporan kepada
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya membuang semua
gosip yang mengaibkan saya itu. Saya nak buka buku baharu dan tak nak
layan gosip murah sebegini. Saya akan fokus kepada dunia lakonan dan
nyanyian. - KOSMO





0 comments:
Post a Comment