Ads 468x60px

Wednesday, March 21, 2012

Selinder Gas 1 Malaysia - Selinder LPG 1 Malaysia (SL1M)

Selinder LPG 1 Malaysia
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Silinder LPG 1Malaysia atau SL1M, yang juga satu lagi produk berinovasi yang diperkenalkan oleh syarikat pengeluar Malaysia.

Sehubungan itu, semasa melancarkan produk itu, Perdana Menteri berharap syarikat minyak dalam negara mengambil langkah yang positif untuk menukar tangki besi LPG sedia ada masing-masing kepada tangki komposit buatan 1Malaysia itu yang lebih ringan, jimat, mesra pelanggan dan mesra alam sekitar.

"Langkah ini secara berperingkat akan memberi sokongan yang kuat kepada satu produk yang amat berinovatif ini, yang boleh digunakan oleh pengguna dalam negara, dan potensi eksport di rantau ini dan peringkat global adalah amat baik sekali," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan produk inovatif Faidhi Holdings Sdn Bhd (FHSB) itu di sini hari ini.

Terdahulu, semasa berucap pada majlis itu, Najib berkata kehadiran beliau hari ini adalah untuk menunjukkan sokongan penuh kerajaan terhadap produk inovatif yang dibangunkan oleh anak tempatan.

"Saya hadir kerana amat berminat soal inovasi dalam negara apatah lagi kalau ia dijayakan oleh anak-anak tempatan sendiri, mereka yang bertenaga kreatif serta sanggup mengambil risiko untuk mengemudi satu jalan baharu yang dapat melahirkan produk yang berinovatif dan berpotensi menguasai pasaran tempatan dan luar negara," katanya.

Beliau berkata, inovasi yang perlu dibangunkan ialah yang bersifat pelbagai nasional, pelbagai sektor dan pelbagai disiplin, yang diperlukan dalam usaha menjayakan Dasar Inovasi Negara.
 
Sementara itu, pada satu sidang media berasingan, Presiden FHSB, Abu Talib Haji Abu, berkata menerusi pengeluaran SL1M, FHSB akan membantu penjimatan sehingga RM7.3 bilion dari segi kos penyelenggaraan, pengitaran dan cat semula berdasarkan kepada jangkaan 20 juta pengguna SL1M dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Buat permulaan, katanya, satu kilang berskala kecil yang mampu mengeluarkan 50,000 silinder gas sebulan, dijangka mula mengeluarkan silinder itu untuk pengguna di Lembah Klang mulai awal tahun depan.

Katanya, FHSB sudah menyiapkan satu prototaip kerja produk SL1M itu dan ia sudah lulus ujian kualiti serta keselamatan di Pusat Penyelidikan Bahan Lanjutan di samping mendapat persijilan SIRIM, dan langkah berikutnya kini adalah untuk membangunkan kilang berkenaan yang dianggar bernilai antara RM25 juta dan RM30 juta.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan kepakaran teknologi dari Korea untuk membantu membangunkan kilangnya di daerah Kuala Langat itu.

Katanya, FHSB mempunyai sebidang tanah seluas 20.23 hektar untuk didirikan kilang K1 berkapasiti besar di kawasan itu dan selain kilang ia turut merancang membangunkan kawasan khusus buat pembekal, supaya semua aspek pembekalan dan pemasaran produk itu dapat dihimpunkan di satu tempat khusus.

Abu Talib berkata, SL1M dibuat daripada bahan lebih ringan iaitu plastik dan gentian kaca yang menjadikan ia tahan karat dan ia terbukti 100 peratus kalis letupan.

Selain itu, katanya, setiap SL1M didatangkan dengan sijil pengeluaran dan cip pintar yang membolehkan ia dikesan di mana juga di dunia, bagi mengelakkannya daripada diseludup.

Abu Talib menjelaskan bahawa pada peringkat global ketika ini hanya ada tiga syarikat pengeluar Silinder LPG Komposit iaitu di Norway, Sweden dan Republik Czech, dan Faidhi Holdings adalah satu-satunya syarikat pengeluar produk itu di Asia. 
 
sumber:Berita harian

No comments:

Cerita BUSUK