Join The Community

Premium WordPress Themes

Friday, March 2, 2012

Lelaki Melayu gagal penuhi citarasa perempuan Melayu?

Lelaki Melayu dah hilang machonya? Dah hilang daya tarikan dan pikatnya? Dah hilang kejantanannya??


Benarkah persoalan ini semua? Adakah orang lelaki berbangsa Melayu tidak lagi boleh diharap dan gagal dalam memenuhi citarasa wanita Melayu, khususnya wanita berpendidikan tinggi, lulusan Universiti?

Satu kajian ilmiah Lulu Marlya Abd Rahim dari Universiti Nasional Singapura yang tersiar baru-baru ini dan tesisnya ini membolehkan beliau mendapat Ijazah Kelas 2 Atas itu menyelongkar isi hati siswazah Melayu berusia antara 23 hingga 55 tahun, yang telah berumahtangga dengan lelaki bukan Melayu.

Hasil kajian Lulu itu mendapati antara faktor mereka menolak lelaki Melayu ialah kerana kebanyakan lelaki Melayu sekarang kebanyakannya berpendidikan rendah. Manakala yang berpendidikan tinggi pula, tinggi egonya. Ego yang tinggi digambarkan seolah-olah darjat mereka lebih tinggi daripada wanita. Malah kecenderungan membuat keputusan sendiri tanpa menghormati perasaan wanita menjadi penyebab lelaki Melayu diketepikan.

uisss yeke lelaki Melayu berpendidikan tinggi tinggi juga egonya? Aku agak kurang setuju dengan penyataan ini. Mana mungkin lelaki Melayu berpendidikan tinggi berkeperibadian begitu. Pada aku, lelaki Melayu yang berpendidikan tinggi masih ramai yang baik peribadi dan perilakunya. Jangan hanya seorang dua mempunyai sifat begitu maka tercalitlah semuanya. ohhhh tidak!!! Memanglah lelaki itu ada egonya. Tak disangkalkan. Kan ego bertempat itu ada baiknya dalam mengemudi keluarga dan rumahtangga nanti?

Apa kata kita cuba pusingkan sedikit hasil kajian ini. Ada atau tak, kemungkinan kesilapan itu sebenarnya terletak pada sikap orang perempuan itu juga. Silap kerana sikap ego yang dimilikinya. Ego dek kerana mempunyai ijazah maka mereka tidak memandang lelaki yang biasa-biasa je pendidikannya. Maksudnya kerana mereka berijazah maka nak cari juga lelaki yang berijazah. Kan susah tuu… tambahan lagi, orang lelaki berijazah kan tak ramai berbanding perempuan berijazah. Ekoran tak ramai itu buatkan orang lelaki berijazah miliki banyak pilihan. Pilihan mereka pula biasanya lebih kepada orang perempuan yang biasa-biasa je. Tidak semestinya berpendidikan tinggi.  kan kan

Lelaki Melayu suka buat keputusan sendiri?
Bagi Adam, sebagai orang lelaki perlu ada ketetapan dan ketegasan dalam membuat sesuatu keputusan. Iya memang benar, sebaik-baiknya ada perkara tertentu dibawa sama berbincang. Tapi tak semua perkara perlu dibawa berbincang rasanya.  Kan orang perempuan suka lelaki yang boleh membuat keputusan? Sebagai ketua rumahtangga nanti, kalaulah sentiasa diselubungi rasa was-was, kabur dan tiada ketetapan dalam membuat sesuatu keputusan, sikit-sikit nak bincang, sikit-sikit nak bincang… alamak rasanya bahtera yang dilayari nanti akan sentiasa terpukul dek ombak. Silap-silap haribulan karam dek taufan yang mendatangi.

p/s- egokah ? ermmmmmmm …… rasanya tak. Macho tu adale.. hehe..Terperasan sudah..

12 comments:

aiyok,biar betol.. haha.. susah lor mcm ni

hehehee.. btol laa Rozuan.. bukan aku yang cakap.. Lulu tu yang cakap...

Adam :) . Kebanyakan, macam tulah. Bila seseorang lelaki tu berpendidikan rendah, wanita pulak tamau. *masalah betol pempuan ni* Tapi bila berpendidikan tinngi, ego pulak. Susah susah. Maybe, sebab tulah kot wanita melayu sekarang ni cari mat salleh. Muahaha :D .


p/s : Sesetenagah je tuu ;)

hehehe.. Tapi tak semua kan aieda.. Aieda mesti minat Lelaki melayu kan??? hehehehe

tak semua lelaki macam ni.. saya bantah sebab.. --' saya jumpa y berpndidikan tinggi ttpi still hormtkan org tua n jaga kekasih dia baik2 serta keputusan di bhgi bersama.. ahaks!! dan ada juga lelaki berpendidikan rendah ttpi tinggi akhlaknya.. apa2 pun.. lelaki melayu ttp macho.. wahahhaa... --' :P .. jangan kerana seorng habis smua terkena.. cehh.. ^^'' janji baik.. xpe la.. ^^'

wahh bertuah aisya.. Ini jelas membuktikan bahawa kajian yang dilakukan oleh lulu marlya ni tidak benar 100%... hehehe

Yang pasal lelaki tak berpendidikan tinggi tu ada benarnya. tapi tu bukan alasan kot. Lelaki sekarang suka bergantung harap dengan org lain, dorg tak suka berusaha, suka kena suap je. Kalau ikutkan lelaki kan lebih bijak berbanding perempuan.

tp apa2 pn. saya suka lelaki melayu :P

kalau nak kawin , sya prefer lelaki melayu ja ;) huhu. aha , adam , thanks singgah eh , anys follow sini yea . kalau sudi follow la anys gak .. btw anys nak bg pesanan kat adam , tp jgn terasa taw , sebab ni demi kebaikan adam , mcm adam tinggal link kat blog anys tu , sampai naik biru tu , tu google anggap spam taw .. sebab google bawah blogspot .. kira kalau adam terlalu byk spam kat blog2 org lain , google akan remove blog adam . anys nak bg ilmu je ni .. boleh search google yeah tentang spam link dlm blog ;)

Tak tau nak ckp la....
Sy pn bkasih dgn lelaki bkn melayu....
Tp bkn psl faktor pendidikan pn....
Sikap dan perangai yg byk mbezakan...
Tp x semua mcm tu kn.....
Antara lelaki melayu dan bukan melayu ada pro dan kontranya.....
Entahlah.....

kalau dya kawin pun dya nak cari lelaki melayu jugak..hehe

ada baik dan ada buruknya...
salam sua kenal..hidden follow sini...:)

Cerita BUSUK